Pemilik kucing yang tidak berpengalaman mungkin terlepas pandang tanda kucing betina berada dalam keadaan heat. Sesetengah kucing memperlihatkan tand-tanda yang jelas berada dalam heat berbanding kucing lain. Jika anda mempunyai kucing yang berada dalam heat dan kemudian berhenti dan tiba-tiba kitar itu tidak kelihatan, maka kucing betina anda kemungkinan besar sudah mengandung.
Kebiasaannya, kucing betina tidak memerlukan sebarang penjagaan khusus ketika tempoh bunting. Mereka kelihatan boleh menjaga diri masing-masing. Selain dari memberikan makanan yang mereka mahukan dan melindungi mereka dari penyakit dan parasit, selebihnya boleh diserahkan kepada mereka sahaja untuk menjaga dirinya.
Disebabkan tempoh mengandung hanyalah sekitar 9 minggu, maka segalanya akan berlaku dalam keadaan singkat. Antara tanda-tanda yang kelihatan adalah:
- Peningkatan selera makan
- Puting susu menonjol dan kemerahan (sekitar 2 minggu selepas mengawan)
- Bahagian perut semakin membulat
Jika anda khuatir, anda boleh bawakannya ke vet untuk pengesahan lanjut. Jika vet mempunyai x-ray, anda boleh mengimbasnya pada hari ke 50-54 untuk melihat jumlah anak kucing di dalamnya. Purata kelahiran adalah antara 3-5 ekor anak kucing tetapi bergantung kepada keadaan juga lah.
Sumber : http://alamkucing.blogspot.com
No comments:
Post a Comment