Tuesday, December 23, 2014

JOE & KIKI

Kiki amat rapat dengan aku..sebab sjk dia dtg sini,pd waktu malam,dia selalu meow2 minta masuk rumah .

Aku bekerja di depan PC dan Kiki akan baring di atas peha smbil aku usap kepalanya smbil berselawat dan zikir .begitulah rutin setiap malam.Aku belajar dr arwah ayah,cara sedemikian akan menjadikan kucing rapat dgn kita.

Slps dia puas,dia akan keluar rumah dan tidur di banglonya .Kdg2 atas kereta,bwh kereta.

Sjk ia ke sini,x pernah cakar aku.Anak2 dan isteri mmg byk kali berbirat kena cakar tp xla smpi msk spital..sapu minyak gamat je..biasa la kucing,kdg2 stress....kdg2 naik angin.

Pernah adik memarahinya "Kiki..knp kau berak merata2.....penat mak aku cuci rumah " dgn suara keras .Kiki mengeluarkan air mata.

Aku pesan dgn Adik,jgn tengking KIKI...kalau selalu tengking,nnti dia stress dan akan selalu cakar dan gigit kita.Sjk itu Adik x pernah tengking KIKI dan rapat.

Weekend aku bg KIKI tidur dlm rumah .Adik akan bawa kiki tidur dalam buaian bersamanya.byk video aku mskkn dlm Youtube...

KiKi amat faham apa aku ckp.Mula2 aku ajar dia berak dlm pasir .habis dikuisnya pasir buang....1 rumah dikencing berak merata2 smpi pening bini aku.

dalam seminggu ,dia pn pndai melepas dlm pasir...

Ktk jam 3,4 pagi aku solat tahajjud ,Kiki biasa melepak atas sejadah dan aku kuis dgn baik...lama2 dia faham dan baring sebelah sejadah shj...

dia x ganggu melentok atas sejadah smpi aku nk sujud je mesti kuis dia....

Aku mempunyai byk kenangan manis bersama kucing bernama Joe ktk kanak-kanak n ia byk mengajar aku memahami kucing.Wlupun Joe dh mati puluhan tahun lampau,aku masih mengingati sikap dan tabiatnya.wlu apa pn zaman n masa,kucing tetap sama.

Aku msh ingat ktk aku baring bersandarkan bantal menonton TV,Joe meow panjang tnpa henti.....aku terus bangun dan tiba2 ada lipan besar di bwh bantal.Joe terkam dan mati lipan itu.

JOE juga pernah gonggong ular tedung mati bawa kat aku smpi aku lari lintang pukang....

Bila tringat JOE ,aku pasti menangis...sbb dia byk mengajar aku erti kasih sayang .Bila kena marah ibu bapa,JOE la tmpat aku mengadu...

JOE byk mengajar aku erti kasih sayang dan perhatian.

sebelum Kiki sampai rumah,aku dh siapkan blog mengenai Joe...

http://mymemorywithjoe.blogspot.com/


Namun blog ini penuh dengan kisah KiKi ,bukan Joe...Apabila aku mahu menaip kisah kenangan aku bersama Joe dan arwah ayah ,mata aku bergenang..seakan berat jemari untuk menaipnya.Arwah ayah byk mengajar aku bgmana memahami kucing...

Aku msh ingat arwah ibu ,memaki hamun JOE yg mencuri seekor ikan.aku faham mgp mak marah.kami hidup dlm kemiskinan,seekor ikan makan sekeluarga..ayah kdg2 makan kepala shj....

Ayah selalu ckp "kucing faham apa kita cakap namun kita x faham apa mereka cakap...."bila dewasa baru aku mengerti maksud ayah...

Slps Maghrib tadi aku melepak dgn Kiki di luar rumah dan ia melentok atas motor melihat hujan lebat dan seakan memikirkan sesuatu....

Seakan ia tahu bhw mgkin dia akan mendapat tuan baru x lama lagi....

Aku x pasti adakah sikapnya memakan anaknya sendiri malam kelmarin sbg tanda protes....

Sebenarnya aku amat sayangkan KIKI....dia telah mencipta banyak kenangan bersama aku ....

dr seekor kucing anak dara ,hinggalah menjadi ibu........

Gambar ni snap mlm kelmarin,adik cakap "Ayah..KiKi ni bergaya mcm SULTAN......"

AKU TERSENYUM...............

Biarlah masa menentukan.....sama ada Kiki dan anak2 akan mendapat tuan baru atau kekal bersama kami....

Esok 9 pagi appoinment dgn doktor di hospital kerajaan ,anak ke3 mengalami masalah kesihatan dan doktor belum mmberitahu masalah apa...sudah 2 kali ambil darah,scan dan Xray ,nmn penyakit belum dikesan lg.

Esok mgkin Xray n scan lg......BERDOA DAN BERTAWAKKAL SHJ.......


YA ALLAH YA SYAFI...sembuhakn anak aku...amin.......................




Interpreting Tails - Purina ONE® Video Series "Enriching the Lives of Cats"

Maksud di sebalik posisi tidur si MEOW

Baca sini :

http://meowwmania.blogspot.com/2010/12/maksud-di-sebalik-posisi-tidur-si-comel.html

Kiki staring RAIN

TIPS MENGELAK CAKARAN KUCING

masuk wad dicakar kucing

Alor Setar: Seorang suri rumah kini menanggung derita sakit dan dijangkiti kuman, malah terpaksa dirawat di hospital, gara-gara digigit dan dicakar pada pergelangan tangan dan lengan kanan oleh seekor kucing jantan baka Siam peliharaannya yang ‘naik minyak’,

Mangsa dirawat gara-gara dicakar kucing peliharaan  sendiri | sumber: Harian Metro

dinasihatkan bahawa 
  • jangan sesekali pegang kucing bila kucing bergaduh,
  • elakkan untuk menangkap atau pegang ekor kucing,
  • jangan serkup kucing bergaduh dengan bakul mahupun kotak.
itu akan membuatkan kucing bertambah marah.
kucing kalau dah naik minyak memang lain macam.

siramkan dengan air untuk meleraikan kucing bergaduh,
insyaallah mereka akan lari,
tips ni dikatakan amat berkesan dan tidak membahayakan.

jika anda digigit atau dicakar kucing jangan ambil sambil lewa,
seeloknya segera letak ubat dan berjumpa doktor,
jangan sangka kucing anda itu bersih,
waspada kepada mereka yang berpenyakit kencing manis,
luka cakar kucing mampu merebak. 

http://www.ceritashark.com/

Lumpuh lepas digigit kucing

KUANTAN – “Selepas digigit kucing, kaki kiri saya jadi bengkak dan bernanah dan kini saya tidak boleh berjalan lagi,” kata seorang warga emas, Zainab Mat Said, 74 yang tinggal di Felda Panching Utara di sini.

Bagaimanapun, Zainab reda dengan nasib yang menimpa dirinya ini dan terus berharap agar kakinya boleh berjalan semula.

Menurutnya, jika mahu ke mana-mana, dia terpaksa mengengsot di dalam rumah dan jika mahu ke bilik air ataupun keluar rumah, perlu dibantu suami dan anak-anak.

“Mungkin kucing itu hanya penyebab sahaja untuk saya jadi seperti ini. Ini semua dugaan. Satu nikmat yang diberi sudah ditarik balik. Tetapi dengan usaha, doa dan tawakal, saya berharap agar diberi kesempatan untuk berjalan lagi.

“Mujur ada suami dan anak-anak di sisi. Walaupun tidak boleh berjalan, saya masih bersyukur kerana orang-orang tersayang berada di sini saya,” katanya.

Selain itu, kejadian yang baru berlaku enam bulan lalu menjadikan hidup Zainab berubah seratus peratus apabila terpaksa menghabiskan masa di rumah.

Dia yang mempunyai tujuh orang anak dahulu merupakan seorang wanita yang tidak boleh duduk diam dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan ini membatas pergerakannya.

“Dari muda hingga tua saya suka melakukan pelbagai kerja. Itu cara saya bersenam dan mengekalkan kesihatan. Mungkin ada hikmat di sebalik kejadian yang berlaku ini,”katanya.

Sementara itu, nasib Zainab mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panching, Datuk Mohd Zaili Besar dengan menyampaikan sumbangan kerusi roda.

Mohd Zaili berkata, dengan sumbangan tersebut ia diharap dapat meringankan beban yang ditanggung Zainab dan keluarganya.

“Selepas ini makcik Zainab boleh keluar rumah dengan bantuan kerusi roda ini. Selain itu, ia diharap dapat memudahkan pergerakan dia dalam rumah dan tidak perlu mengengsot lagi.

“Semoga dengan bantuan yang tidak seberapa ini, menjadikan makcik Zainab kuat semangat dan sentiasa berusaha untuk berjalan semulas,”katanya.




sumber : SINAR HARIAN 2012

Bahaya Cakaran Kucing

Fenomena digigit kucing adalah satu perkara yang biasa bagi yang gemar bermain dengan kucing atau mempunyai haiwan comel ini di rumah mereka.
Ramai yang memandang ringan saja jika digigit atau di cakar kucing, cukup sekadar basuh tempat cakaran atau gigitan dan jika perlu pun hanya letakkan minyak sapu.
Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, kucing sama seperti haiwan yang lain dan ia berupaya menjadi ejen penyebar virus dan jika tersalah langkah tanpa rawatan yang betul ia akan memudaratkan kita.
Sebar kuman
Sebenarnya kucing boleh menyebarkan kuman Bartonella Henselae dengan kesan jangkitannya boleh meninggalkan komplikasi penyakit sehingga menyebabkan kematian. Ia dikenali sebagai cat-scratch disease (CSD) atau penyakit cakaran kucing.
Perpindahan ini menerusi gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing.
Kuman ini selalunya berada dalam air liur kucing dan datang daripada kutu dan kucing bertindak sebagai pembawa. Kewujudan kuman dalam air liur kucing tidak membuatkan kucing itu sakit.
Hampir kebanyakan kucing memiliki kuman ini dan anak kucing lebih terdedah kepada Bartonella Henselae berbanding kucing dewasa.
Langkah yang perlu di lakukan apabila terkena cakaran dan gigitan kucing ialah bersihkan kawasan luka dengan air bersih dan lapkan sehingga kering.
Sapu krim antikuman
Sapukan krim antikuman jika ada. Jangan ingat anda sudah terhindar hanya dengan menyapu krim antikuman semata-mata. Jika tiada komplikasi yang berlaku maka anda tidak perlu berjumpa dengan doktor.
Tetapi lain pula halnya jika berlaku komplikasi dan tanda-tanda seperti bengkak mula menjadi merah, membesar dan sangat sakit bila disentuh dan mengandungi nanah, maka perlu mendapatkan rawatan doktor.
Begitu juga jika mengalami gejala-gejala jangkitan kuman seperti demam, letih, kurang selera makan, kelenjar limfa membengkak, sakit sendi/ tulang, dan bengkak yang sakit dan tidak surut dalam tempoh beberapa hari (biasanya dalam tempoh dua minggu).
Walaupun begitu komplikasi sangat jarang berlaku namun ia masih lagi boleh berlaku.
Selesa di sisi kanak-kanak
Mungkin ramai yang masih menyimpan persepsi yang melarang kanakkanak atau bayi bermain dan memegang kucing. Pantang jika kucing berada berdekatan dengan kanakkanak, pasti akan dihalau.
Alasan yang selalu diberikan adalah khuatir kucing ini membawa kuman dan bulunya nanti akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Tetapi dari segi perubatan, amat rendah peratusan yang menyatakan kucing ini tidak selamat untuk kanak-kanak. Malah dari segi psikologi juga ia membantu kanak-kanak untuk mengembangkan minda dan memupuk sifat sayangkan haiwan.
Sifat semulajadi
Sifat semula jadi kucing ya ng penyaya ng da n gemarkan kanak-kanak juga menjadi faktor yang membolehkan kucing berada dekat dengan kanak-kanak. Mungkin belum ada kajian terperinci, tetapi berdasarkan pemerhatian mendapati kucing selesa berada di samping kanakkanak.
Walaupun kadangkala kucing comel ini dibuli oleh kanak-kanak, tetapi ia masih lagi berdiam diri. Lain pula halnya dengan orang dewasa, jika tersalah pegang pasti kucing akan mengamuk dan mencakar.
Ini membuktikan secara rawak, kucing mempunyai personaliti yang berbeza ketika berada berdekatan dengan kanak-kanak. Jika ingin membela kucing untuk dijadikan teman tapi mesra kanak-kanak, ini ada lima jenis kucing yang dilihat sesuai dan mesra dengan kanak-kanak.
Kucing Maine Coon
Kucing yang berada dalam kategori kucing gemar bermain air ini memiliki bulu lebat dan tubuh yang besar serta panjang. Kucing Maine Coon juga terkenal setia dan menyenangkan.
Kucing Persian
Kucing jenis ini memang terkenal dengan sifat pemalas. Ia bukanlah jenis kucing yang akan mengekori tuannya berjalan ke sana ke mari, sebaliknya lebih senang dibelai dan dimanjakan. Penampilan dengan bulu yang halus, dan hidung pesek, membuatnya kelihatan seperti boneka yang hidup. Mereka juga jenis kucing yang sangat jinak.
Kucing Siam
Kucing ini adalah kucing berbulu pendek paling popular. Mereka adalah binatang yang setia, penuh rasa ingin tahu, terkadang pemalu, tetapi akan memiliki hubungan yang sangat kuat dengan keluarga. Kucing ini juga tergolong dalam kucing yang aktif.
Kucing British Shorthair
Kucing ini akan memberikan hubungan yang kuat dan baik dengan kanakkanak ataupun orang dewasa. Kadang-kadang ia dianggap spesies kucing yang lucu dan terkenal dengan sifat `ramah’.
Kucing Tiffany
Kucing yang juga dikenali dengan nama kucing Chantilly ini sejenis kucing semilonghair.
Memiliki keperibadian yang berimbang, dan personaliti yang ideal.
Kucing ini termasuk kucing yang aktif, tetapi juga sangat tenang dan manja ketika bersantai, tidak tidak agresif dan tidak mempunyai kecenderungan merosak atau mencakar.

sumber :