Tuesday, December 23, 2014

Bahaya Cakaran Kucing

Fenomena digigit kucing adalah satu perkara yang biasa bagi yang gemar bermain dengan kucing atau mempunyai haiwan comel ini di rumah mereka.
Ramai yang memandang ringan saja jika digigit atau di cakar kucing, cukup sekadar basuh tempat cakaran atau gigitan dan jika perlu pun hanya letakkan minyak sapu.
Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, kucing sama seperti haiwan yang lain dan ia berupaya menjadi ejen penyebar virus dan jika tersalah langkah tanpa rawatan yang betul ia akan memudaratkan kita.
Sebar kuman
Sebenarnya kucing boleh menyebarkan kuman Bartonella Henselae dengan kesan jangkitannya boleh meninggalkan komplikasi penyakit sehingga menyebabkan kematian. Ia dikenali sebagai cat-scratch disease (CSD) atau penyakit cakaran kucing.
Perpindahan ini menerusi gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing.
Kuman ini selalunya berada dalam air liur kucing dan datang daripada kutu dan kucing bertindak sebagai pembawa. Kewujudan kuman dalam air liur kucing tidak membuatkan kucing itu sakit.
Hampir kebanyakan kucing memiliki kuman ini dan anak kucing lebih terdedah kepada Bartonella Henselae berbanding kucing dewasa.
Langkah yang perlu di lakukan apabila terkena cakaran dan gigitan kucing ialah bersihkan kawasan luka dengan air bersih dan lapkan sehingga kering.
Sapu krim antikuman
Sapukan krim antikuman jika ada. Jangan ingat anda sudah terhindar hanya dengan menyapu krim antikuman semata-mata. Jika tiada komplikasi yang berlaku maka anda tidak perlu berjumpa dengan doktor.
Tetapi lain pula halnya jika berlaku komplikasi dan tanda-tanda seperti bengkak mula menjadi merah, membesar dan sangat sakit bila disentuh dan mengandungi nanah, maka perlu mendapatkan rawatan doktor.
Begitu juga jika mengalami gejala-gejala jangkitan kuman seperti demam, letih, kurang selera makan, kelenjar limfa membengkak, sakit sendi/ tulang, dan bengkak yang sakit dan tidak surut dalam tempoh beberapa hari (biasanya dalam tempoh dua minggu).
Walaupun begitu komplikasi sangat jarang berlaku namun ia masih lagi boleh berlaku.
Selesa di sisi kanak-kanak
Mungkin ramai yang masih menyimpan persepsi yang melarang kanakkanak atau bayi bermain dan memegang kucing. Pantang jika kucing berada berdekatan dengan kanakkanak, pasti akan dihalau.
Alasan yang selalu diberikan adalah khuatir kucing ini membawa kuman dan bulunya nanti akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Tetapi dari segi perubatan, amat rendah peratusan yang menyatakan kucing ini tidak selamat untuk kanak-kanak. Malah dari segi psikologi juga ia membantu kanak-kanak untuk mengembangkan minda dan memupuk sifat sayangkan haiwan.
Sifat semulajadi
Sifat semula jadi kucing ya ng penyaya ng da n gemarkan kanak-kanak juga menjadi faktor yang membolehkan kucing berada dekat dengan kanak-kanak. Mungkin belum ada kajian terperinci, tetapi berdasarkan pemerhatian mendapati kucing selesa berada di samping kanakkanak.
Walaupun kadangkala kucing comel ini dibuli oleh kanak-kanak, tetapi ia masih lagi berdiam diri. Lain pula halnya dengan orang dewasa, jika tersalah pegang pasti kucing akan mengamuk dan mencakar.
Ini membuktikan secara rawak, kucing mempunyai personaliti yang berbeza ketika berada berdekatan dengan kanak-kanak. Jika ingin membela kucing untuk dijadikan teman tapi mesra kanak-kanak, ini ada lima jenis kucing yang dilihat sesuai dan mesra dengan kanak-kanak.
Kucing Maine Coon
Kucing yang berada dalam kategori kucing gemar bermain air ini memiliki bulu lebat dan tubuh yang besar serta panjang. Kucing Maine Coon juga terkenal setia dan menyenangkan.
Kucing Persian
Kucing jenis ini memang terkenal dengan sifat pemalas. Ia bukanlah jenis kucing yang akan mengekori tuannya berjalan ke sana ke mari, sebaliknya lebih senang dibelai dan dimanjakan. Penampilan dengan bulu yang halus, dan hidung pesek, membuatnya kelihatan seperti boneka yang hidup. Mereka juga jenis kucing yang sangat jinak.
Kucing Siam
Kucing ini adalah kucing berbulu pendek paling popular. Mereka adalah binatang yang setia, penuh rasa ingin tahu, terkadang pemalu, tetapi akan memiliki hubungan yang sangat kuat dengan keluarga. Kucing ini juga tergolong dalam kucing yang aktif.
Kucing British Shorthair
Kucing ini akan memberikan hubungan yang kuat dan baik dengan kanakkanak ataupun orang dewasa. Kadang-kadang ia dianggap spesies kucing yang lucu dan terkenal dengan sifat `ramah’.
Kucing Tiffany
Kucing yang juga dikenali dengan nama kucing Chantilly ini sejenis kucing semilonghair.
Memiliki keperibadian yang berimbang, dan personaliti yang ideal.
Kucing ini termasuk kucing yang aktif, tetapi juga sangat tenang dan manja ketika bersantai, tidak tidak agresif dan tidak mempunyai kecenderungan merosak atau mencakar.

sumber : 

1 comment: