Friday, September 5, 2014

Akta Haiwan

Kesalahan “penyeksaan terhadap haiwan” di bawah seksyen 44 Ordinan (Akta) Haiwan-haiwan, 1953, merujuk kepada jenis-jenis perbuatan yang berikut:

- Memukul atau menendang secara kejam.
- Memberi layanan buruk.
- Dipandu berlebihan.
- Dimuatkan berlebihan.
- Memarahkan berlebihan.
- Menakut-nakutkan.
- Tidak memberi cukup makan atau minum semasa haiwan dikurung atau diangkut.
- Melakukan sewenang-wenang apa-apa perbuatan yang menyebabkan haiwan itu mendapat seksa atau kesakitan.
- Mengangkut haiwan dengan cara atau kedudukan menyebabkan menanggung derita.
- Menggunakan haiwan yang cedera atau sakit dalam melakukan apa-apa kerja.
- Melagakan atau melakukan perlawanan gigit antara haiwan (kesalahan termasuk orang yang menguruskan tempat perlagaan itu).







No comments:

Post a Comment