Monday, September 1, 2014

Makanan Berbahaya





Makanan yang berbahaya untuk kucing  tanpa kita sedar ialah:
1. SUSU LEMBU! 

(& apa2 yang diperbuat dari susu lembu)
terkejut tak? haaaa... tak semua orang tau pasal ni kan? 
perut kucing tidak dapat menghadam susu lembu kerana susu lembu mempunyai laktosa yang agak tinggi & ini akan menyebabkan kucing anda cirit birit & kemudian kekurangan air dalam badan. 
susu yang selamat untuk kucing hanyalah susu kambing atau susu formula khas untuk kucing & anjing yang ada dijual di kedai2 & klinik haiwan.

2. COKLAT!

tahukah anda, coklat merupakan TOKSIK pada kucing anda.
kandungan Theobramine yang terdapat di dalam coklat itu membuatkan ianya toksik pada kucing anda. 
coklat masakan & serbuk koko mempunyai kandungan Theobramine yang paling tinggi.
jika dimakan dalam satu kuantiti yang banyak, kucing anda boleh mengalami cirit birit kronik dan masalah saluran penghadaman. coklat juga boleh menyebabkan koma malahan kematian! kadar degupan jantung boleh naik secara mendadak & juga mampu menjejaskan sistem saraf.

3. SEGALA JENIS BAWANG!

hah! mesti korang fikir kucing siapa la yang nak mengunyah bawang tu kan?
tapi korang tau tak, sisa bawang yg kita masak buat tumis memasak tu kan dah ada rasa lauk yang kita masak, rasa ikan, ayam, daging. aku yang xsuka bawang sgt ni pun makan sebab da hilang rasa bawang. hee kita buang kat tong sampah atau pun budak berbulus bertuah ni curik2 makan masa kita tak nampak ke kan.
Bawang mengandungi N-propyl disulfida yang boleh memusnahkan sel-sel darah merah di dalam badan kucing dan menyebabkan sejenis anemia yang dipanggil Heinz body anemia. 

4. TELUR MENTAH!

eh.. bukan ke telur ni nanti jadi ayam jugak?
ye.. memang jadi ayam, tapi sebelum jadi ayam tu jangan lah bagi..
tahukah anda , dalam telur mentah tu ada bakteria seperti Salmonella & E.Coli?
bakteria2 ini boleh menyebabkan keracunan makanan. selain itu, protein di dalam telur putih yang dipanggil avidin boleh mengganggu penyerapan vitamin b biotin yang boleh menyebabkan keguguran bulu & masalah kulit.

5. IKAN ATAU DAGING (LEMBU/KAMBING/AYAM) MENTAH!


Daging mentah dan ikan mentah sama je macam telur mentah, mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Selain tu, enzim dalam ikan mentah memusnahkan thiamine, yang merupakan vitamin B penting pada kucing. ia juga boleh menyebabkan masalah neurologi yang serius sehingga terjadi sawan dan koma...


- KOPIPES FB 

No comments:

Post a Comment