Tuesday, December 23, 2014

Ke manakah KiKi selepas ini ?

Aku sayangkan kucing sejak kanak-kanak ,namun sejak kematian Joe ,aku tidak memelihara kucing di rumah.

Namun ia bukan penyebab aku BENCI kepada kucing.Cuma kesedihan lantaran kematian Joe menyebabkan aku tidak memlihara kucing di rumah.

Kucing liar atau kucing jiran kdgkala makan minum di belakang rumah / pejabat kerna disediakan makanan/minuman buat mereka.

Anak bongsu bernama Syahirah yg aku panggil ADIK amat sayangkan kucing.Kucing liar atau jiran dipeluk cium jika bertemu.Diusap kepalanya.Diberikan nama dan berbual dengan mereka.
Ogos 2014 ,Syahirah masuk hospital akibat jangkitan kuman.

"Ayah...adik nak kucing........."pintanya di hospital.


Aku bergenang.Isteriku berpenyakit resdung dan alah dengan kucing.Wlupun isteriku sayangkan kucing,dia melarang aku memelihara kucing di rumah kerna masalah alahan kucing.

Isteriku juga sayangkan kucing.Tahun lepas ada kucing liar beranak 3 ekor di belakang rumah.Isteriku ambil kotak dan letakkan mereka di belakang rumah ,namun akhirnya semua mati dimakan kucing jantan .Isteriku menangis.

Aku mencari kucing kampung dan apabila dia keluar dari hospital,amat gembira melihat seekor kucing betina di luar rumah.

Adik memandikan kucing yang diberi nama KIKI .Kiki diletakkan di dalam banglonya di luar rumah.Malam sabtu ahad KiKi diberi tidur dalam rumah kerna cuti sekolah.
Kiki semakin bijak.Tahu melepas dalam pasir,bukan merata-rata dalam rumah ketika awal menjadi ahli keluarga kami.

Pernah ghaib dua hari dan Adik amat rindukan KiKi.Akhirnya Kiki pulang ke rumah .
Isteri aku yg hamil mengalami muntah setiap hari slps KiKi berada bersama kami. .Pada satu hari dia tumpah darah dan masuk hospital.Mujurlah tidak keguguran .Doktor pakar menasihatkan isteri agar jangan menyentuh kucing atau membenarkan kucing berada di rumah kerna isteriku alahan.Doktor juga memberi cadangan agar jangan memelihara kucing.

Selepas keluar hospital,isteri meminta aku menyerahkan Kiki kpd orang lain.


Kiki dimasukkan dalam kereta untuk diberikan kpd orang lain.Aku menghidupan enjin kereta dan KiKi meow panjang tanpa henti seakan tahu .

"Abang....apa perasaan adik nanti?nanti mesti dia sedih....."kata isteriku dan membatalkan keputusan memberikan KiKi kpd org lain.

KiKi melahirkan 3 ekor anak kucing yg comel minggu lepas dan mati seekor.

Pagi ini dengan air mata berlinangan isteriku berkata

"Abang..lepas anak-anak KiKi boleh berdikari dan mencari makanan sendiri,berikan Kiki dan anak-anak kpd orang lain.Sy dah x tahan setiap hari muntah "

Isteriku dijangka melahirkan anak pada Mei 2015 .

Aku termangu.
Apakah keputusan yang perlu dilakukan ?

Adik berkata ketika aku memberitahunya akan menyerahkan Kiki,anak2 kpd org lain 2 bulan lagi ...
"Ayah...adik nak main dgn KiKi puas2.....ayah ambil la gambar adik banyak-banyak..."



No comments:

Post a Comment