Monday, December 22, 2014

Muntah,cirit-birit dan sembelit

1. MUNTAH.





Muntah biasanya disebabkan oleh kucing menelan bulu2 mereka sendiri semasa self grooming session, atau mereka menelan objek2 yang tak mudah hadam seperti rumput yang menyebabkan iritasi pada perut. Kebanyakkan kucing akan mengalami keadaan ini dan ianya tidak merbahaya. Mereka juga boleh muntah kerana iritasi pada usus, atau kerana mereka makan terlalu banyak atau terlalu cepat..terutama pada anak2 kucing. Jika kucing2 muntah sekali atau dua tapi masih kelihatan aktif, ianya tidak serius dan boleh dirawat di rumah.

Muntah yang tidak berkaitan dgn makanan selalunya lebih serius dan perlu diberi perhatian..kebanyakkannya tanda2 jangkitan kuman, penyakit buah pinggang atau hati, atau penyakit berkaitan sistem saraf (central nervous system). Penyakit2 yang tanda2 awalnya ialah muntah termasuk Feline panleucopenia, tonsillitis, radangan tekak, radangan usus (inflammatory bowel disease) dan jangkitan kuman di uterus (acute metritis). Jika anak kucing atau kucing yang masih muda mula muntah2 tanpa sebab, kebarangkalian dia menghidapi panleucopenia dan perlukan rawatan segera.

Muntah yang berterusan: 
          Bila kucing muntah berterusan hingga keluar air liur berbuih dengan retching, kemungkinan penyebabnya ialah makanan yang tak elok, gumpalan bulu2, rumput, atau bahan2 tidak hadam yang lain. Ia juga boleh disebabkan oleh radangan dan jangkitan kuman di usus.

Muntah 'sporadic':
          Adakalanya kucing akan muntah berulangkali dalam jangkamasa beberapa hari atau minggu, tanpa ada kaitan dgn makanan atau waktu makan. Kucing akan jadi kurang selera makan, kelihatan susut berat badan dan gelisah. Ianya mungkin tanda2 penyakit buah pinggang, penyakit hati, gastritis kronik, gumpalan bulu yang besar dan lama, jangkitan cacing yang berat, atau diabetes mellitus (kencing manis). Jika kucing telah berumur, ada kemungkinan ianya berkaitan dgn tumor di perut atau intestine.

Muntah darah:
          Jika kucing muntah bercampur darah segar yang merah, ianya menandakan radangan atau masalah diantara mulut dan bahagian usus atas atau perut. Jika muntah yang bercampur dengan darah lama seperti coklat ianya menandakan masalah dari bahagian bawah usus. Kedua2nya perlukan rawatan rapi dari vet pada kadar segera.

Muntah najis:
          Jika muntah kucing berbau seperti najis itu menandakan ianya menghadapi masalah usus tersumbat (intestinal obstruction) atau peritonitis (radangan pada peritoneum). Kecederaan tumpul (blunt injury) pada abdomen kucing juga boleh mengakibatkan muntah yang sama. Kesemuanya ini perlu dibawa ke hospital ASAP.

Muntah projectile:
           Projectile vomiting atau muntah yang memancut secara tiba2 dan pada jarak yg agak jauh, ianya terjadi apabila semua isi perut dipaksa keluar dgn sepenuh tenaga. Muntah jenis ini adalah indikasi ada total complete blockage pada saluran gastrointestine atas ie perut. Penyebab utama ialah hairball yang besar, bendasing, tumor atau stricture atau saluran menjadi sempit. Masalah di otak juga merupakan salah satu penyebab termasuk darah beku, encephalitis atau radangan otak, serta tumor di otak kucing. 

Kaedah merawat kucing yang muntah:

Seperti juga manusia, kucing boleh mengalami dehidrasi akibat muntah berlebihan kerana kehilangan air dan garam galian dari tubuh. Sekiranya ia turut disertai dgn diarrhoea, dehidrasi amat pantas berlaku, dan kita perlu membawa kucing2 untuk rawatan lanjut jika muntah berterusan hampir 24 jam, tanda2 dehidrasi berlaku atau jika muntah berulang2.

Rawatan sendiri dirumah hanya boleh digunapakai pada kucing2 kita yang dewasa, normal dan sihat serta tidak menunjukkan tanda2 lain selain muntah. Bagi anak kucing, kucing yg bermasalah kesihatan atau kucing2 yang tua lebih baik dibawa ke veterinar secepat mungkin.

Muntah akan menyebabkan bendasing terkeluar dari perut kucing, dan langkah paling penting perlu dilakukan ialah merehatkan perut kucing dari sebarang makanan atau air untuk jangkamasa minima 12 jam. Sekiranya kucing kehausan boleh dibenarkan kucing menjlat kiub ais bagi menghilangkan dahaga. Selepas 12 jam, sekiranya muntah telah berhenti, berikan kucing untuk meminum air kosong, ataupun boleh digunakan oral rehydration salt untuk kanak2 yang dibancuh berselang seli dgn air. Sekiranya kucing dapat menerima air yang diberi tanpa muntah semula, boleh mula memberikan makanan untuk bayi yang lembut tanpa lemak dan pastikan tidak mengandungi onion atau garlic yang merbahaya kepada kucing. Berikan dalam 4-6 hidangan sehari selama dua hari sebelum memberikan kucing makanan seperti biasa. 



2. CIRIT BIRIT & SEMBELIT:

Tahukah kita bahawa bentuk najis kucing boleh memberitahu kita banyak perkara tentang kesihatan kucing peliharaan kita itu. Walaupun bowel habit kucing2 ini berbeza tetapi ada normal character of the poops yang boleh menunjukkan tahap kesihatan saluran penghadaman kucing. Kebanyakan kucing akan membuang air besar sehari sekali, dengan najis yang berwarna coklat dan terbentuk elok, tidak terlalu lembut atau keras atau terlalu mushy. Baunya juga tidak terlalu kuat atau terlalu busuk. 

Cirit birit @ Diarrhoea:





Cirit birit agak kerap dialami oleh kucing2, dimana najis mereka menjadi terlalu lembut atau cair, bertambah frekuensi dan volume. Ianya boleh jadi 'acute' yang terjadi dari sehari ke kurang dari 2-3 minggu, atau 'chronic' yang bertahan lebih dari 3 minggu. Walaupun cirit birit yang bertahan antara 24-48 jam tidak merisaukan, tetapi jika terlalu kerap frekuensinya masih boleh menyebabkan kucing mengalami dehidrasi.

Antara penyebab2 kucing mengalami diarrhoea adalah seperti berikut:

a. Pertukaran makanan dan/atau alahan makanan atau intolerance.

b. Inflammatory bowel disease @ jangkitan kuman di usus

c. Colitis @ jangkitan bakteria di kolon

d. Hipertiroidism

e. Cacing (parasit di intestine)

f. Penyakit pankreas

g. Kanser.


Jika kucing kita mengalami cirit birit lebih dari sehari lebih baik bawa kucing kita itu bertemu dgn Vet untuk menentukan punca cirit birit yang dialami. Sekiranya cirit birit itu disertai dengan darah atau berwarna hitam, atau turut disertai dengan demam, muntah, keletihan atau lethargy, serta kurang selera makan, perlu disegerakan untuk membawa kucing2 ini ke Vet.

Rawatan untuk cirit birit bergantung kepada puncanya dan vet akan memberikan beberapa ubat seperti antibiotik atau prednisolone jika perlu dan diet yang khas. 

Untuk mengelakkan kucing dari mengalami diarrhoea, kita boleh mengelakkannya dengan tidak memberi makanan dari tenusu dan yogurt kerana kebanyakkan kucing mengalami intolerance terhadap produk tersebut. Untuk memberikan produk makanan jenama yang baru kita boleh memberinya sedikit demi sedikit bersama dengan produk yang lama, dan ditambah perlahan2 sehingga kucing dapat menerima sepenuhnya produk baru tersebut dan ini akan mengelakkan kucing mengalami diarrhoea akibat penukaran makanan.

Rawatan dirumah untuk kucing yang mengalami cirit birit boleh dilakukan seperti berikut:

       Puasakan kucing dari makanan untuk 12-24 jam, berikan air sedikit demi sedikit dengan kerap. Kemudian berikan sedikit nasi yang dicampur dengan ayam tanpa lemak yang direbus atau boleh menggunakan makanan bayi yang lembut tapi pastikan tanpa onion atau garlic kerana kedua bahan ini merbahaya untuk kucing. Jika kucing tidak lagi mengalami cirit birit, maka kita boleh memberikan makanan asal kucing secara perlahan2 dalam beberapa hari.


Sembelit @ constipation:





Seperti juga diarrhoea, kadangkala kucing akan mengalami masalah sembeli sesekali dan ini tidak merisaukan. Tetapi jika ianya agak kerap dan kucing2 kelihatan terpaksa meneran berlebihan atau gagal untuk mengeluarkan najisnya ianya perlu dipandang serius dan segerakan membawa kucing kita ke Vet.

Beberapa perkara yang boleh menyebabkan sembelit pada kucing antaranya ialah:

- compulsive @ over grooming, menyebabkan gumpalan bulu hairballs yang banyak.

- masalah ginjal @ buah pinggang.

- feline megacolon.

- intestinal obstruction.

- diet yang rendah fibre

- abnormaliti pada kolon seperti stricture atau tumor

- sakit pada spina


Sembelit jika tidak dirawat boleh menyebabkan terkumpul toksin didalam tubuh kucing dan akhirnya mengakibatkan banyak masalah kesihatan.

Sembelit boleh dicegah dgn beberapa langkah mudah. Diet yang tinggi dgn fibre adalah perlu untuk kucing dan kebanyakkan makanan kucing sedia ada mempunyai kandungan fibre yang mencukupi. Sekiranya kita memberikan makanan yang kita sediakan sendiri, kita perlu tau samada kandungan fibre didalamnya mencukupi atau tidak. Sesekali memberikan makanan dalam tin kepada kucing yang memakan makanan kering juga boleh membantu mengelakkan sembelit..dan kita boleh juga menambahkan labu yang ditinkan untuk melawaskan masalah sembelit.

Gel laxative Laxatone boleh diberikan kepada kucing yang menghadapi sembelit setiap hari untuk membantu kucing2 kita.

Pastikan kucing sentiasa mendapat bekalan air minuman yang mencukupi setiap masa. Air yang banyak sangat membantu dalam mengatasi masalah sembelit pada kucing.

Galakkan kucing untuk melakukan aktiviti2 dan bermain sebagai 'exercise' kerana ianya membantu mengelakkan masalah sembelit dengan menggalakkan pergerakan usus.


Carta dibawah boleh memberikan sedikit panduan tentang najis kucing dan masalah yang mungkin dihadapi olehnya..



Symptom
Appearance
Frequency
Possible causes
Constipation
Small, hard, dry stools
Less than once a day
Dehydration, megacolon, dietary issues
Constipation
Small, hard, dry stools containing large amounts of hair
Less than once a day
Hairballs, over-grooming
Constipation
Thin, ribbon-like poop
Less than once a day
Tumor or stricture
Diarrhea
Black, tarry, loose stools
Variable
Stomach or intestinal bleeding. Seek immediate veterinary attention.
Diarrhea
Smelly, pudding-like stools
2-3 times daily
Dietary intolerances, inflammatory bowel disease
Diarrhea
Gooey poop filled with mucus
Multiple times daily
Inadequate dietary fiber; colitis

http://kucingkuduniaku.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment