Friday, December 19, 2014
BAHAYA BULU KUCING PADA MANUSIA
Setiap kita tentunya suka pada kucing, di jadikan haiwan peliharaan malahan menjadi teman di kala kesunyian.Namun,tahukah anda memelihara si comel ini ada juga risikonya.
Toxoplasmosis adalah salah satu jangkitan kucing, virus ini hidup di dalam usus kucing, ada mitos yang mengatakan bahawa perempuan hamil terutamaya bagi usia kandungan di bawah 4 bulan tidak di galakkan bermain dengan kucing. Kebenaranya adalah bulu kucing merupakan pembawa habuk, habuk dan kotoran mudah melekat pada bulu-bulu kucing.
Toxoplasmosis ini dikatakan boleh menyebabkan keguguran, bukan setakat bulu malahan bau najis kucing juga dikatakan boleh menyebabkan keguguran. Bagi kes ini , penularanya bukanlah daripada pernafasan tetapi dari tangan, iaitu jika selepas kita memegang kucing kita menjamah makanan risiko mendapat jangkitan adalah tinggi kerana tangan kita sudah tercemar.
Bulu kucing juga adalah alahan bagi mereka yang mengidapi penyakit asthma dan kulit, bagi pesakit asma bulu kucing yang kotor dan berhabuk memudahkan serangan jangkitan.Bulu kucing yang mengandungi kutu kucing juga boleh menyebabakan tangan menjadi gatal-gatal .
Cakaran dan gigitan kucing juga dikatakan berbahaya kerana lidah dan gigi kucing mengandungi bakteria, apabila di cakar cukuplah di sapu antiseptik.Tetapi ada juga kes mendapat cakaran yang dalam dan banyak, contohnya daripada kucing liar.Jika itu berlaku harus rujuk di klinik bagi mendapat suntikan pencegahan.
Apa-apapun jika kita memelihara kucing jagalah kucing dan persekitaranya dengan bersih.Mandikanya dengan syampu khas dan jaga diet pemakananya dengan teratur, seboleh-bolehnya janganlah gaul nasi bersama ikan goreng atau memberi nasi dan lauk saki makan kita. Kucing juga makluk Allah hargailah dan peliharalah dengan ikhlas..
http://cowayforall.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terimakasih infonya nih, coba kalian cari tahu juga nih Fungsi dan Arti Rekening Koran
ReplyDelete