Feline Panleukopenia, turut dikenali sebagai feline infectious enteritis @ feline distemper, merupakan satu penyakit yang amat mudah merebak serta paling kerap menjadi sebab kematian anak2 kucing. Ianya disebabkan oleh satu jenis virus ie Parvovirus, sejenis virus yang sangat resistant dan boleh berada dalam persekitaran kita untuk jangkawaktu yang lama selepas menjangkiti kucing.
Bagaimana virus ini merebak? Virus ini amat mudah merebak kerana ianya akan berada dengan banyak didalam secretion dan bahan buangan kucing tersebut pada fasa acute. Cara penyebarannya ialah secara 'direct contact' melalui najis yang tercemar, bekas makanan dan minuman, litterbox, atau penjaga kucing melalui tangan, pakaian, kasut dll (fomites). Virus ini juga akan kekal berada didalam najis kucing2 yang berjaya sembuh dari jangkitannya selama 6 minggu post recovery period.
Pada umur berapa yang kitten prone mendapat jangkitan? Kebanyakkan anak2 kucing yang berumur 11 minggu kebawah masih memiliki imuniti terhadap virus ini yang didapati dari susu ibu. Imuniti penuh anak2 kucing akan hanya terbentuk selepas usia 16 minggu, jadi diantara 11-16 minggu usianya, mereka amat berisiko dijangkiti jangkitan yang teruk dan 3/4 dari jumlah yang dijangkiti biasanya akan mati. Bagi anak2 kucing selepas usia ini, ketahanan badan mereka sudah cukup sempurna dan membuatkan mereka mampu bertahan jika dijangkiti oleh FPV.
Tanda2 jangkitan? Virus Panleukopenia (FPV) menyerang sel2 darah putih menyebabkan 'leucopenia' dan ini menyebabkan sistem ketahanan badan amat rendah. Ia akan menyerang bahagian2 sel yang aktif membahagi seperti sumsum tulang, tisu limfa dan epithelium didalam intestine. Tanda2 awal akan kelihatan dalam 2-10 hari jangkitan virus berlaku, seperti demam atau peningkatan suhu badan sehingga 104 F(40.5 C), keletihan melampau dan hilang selera makan. Kucing akan muntah berulangkali hingga keluar cairan kekuningan ie hempedu atau bile tanpa berkaitan dengan waktu makan, manakala perutnya kembung dan sakit bila disentuh. Diarrhoea atau cirit birit biasanya akan datang kemudian dengan najis yang berbau busuk, kekuningan atau bercampur dengan darah. Kucing2 akan mengalami dehidrasi dan ini boleh membawa maut.
Walaubagaimanapun kebanyakan kucing yang berusia lebih 1 tahun yang dijangkiti FPV mengalami keadaan yang dipanggil subclinical infection,dan tempoh jangkitan biasanya jarang melebihi 5-7 hari. Jika kucing2 yang dijangkiti ini berjaya sembuh mereka akan memperolehi imuniti kekal terhadap FPV dan pada masa yang sama boleh menjadi penyebar virus yang terdapat dalam bahan buangan mereka untuk tempoh waktu yang panjang. Bagi kucing2 dibawah umur 1 tahun mereka akan menunjukkan simptom diatas dan kebanyakkan yang maut berusia dibawah 5 bulan. Bagi anak2 kucing yang masih terlalu kecil, jangkitan ini boleh berlaku dengan pantas dan membawa maut dengan sertamerta sehinggakan kita tidak sedar kucing itu sakit.
Rawatan diperlukan? Jika anak2 kucing kita menunjukkan tanda2 jangkitan kita perlu membawanya segera ke vet. Rawatan segera bagi mengatasi dehidrasi dengan iv infusin, antibiotics dll boleh menyelamatkan anak2 kucing kesayangan kita.
Langkah pencegahan? Virus FPV amat tahan dan boleh survive di karpet, perabut, dan rekahan lebih dari setahun. Ia juga resistant terhadap apa2 disinfektan tetapi boleh dimusnahkan dengan menggunakan household bleach (dicampurkan air 1:32), atau 4% formaldehyde dan juga hydrogen peroxide (air api). So jika kucing kita disahkan atau kita syaki dijangkiti panleukopenia virus, kita perlu melakukan pembersihan di sangkar, dan di dalam rumah kita menggunakan larutan diatas.
Selain dari langkah diatas, Feline Panleukopenia boleh dicegah dari menjangkiti kucing2 kita dengan memberikan mereka vaksinasi yang dicadangkan. Ianya boleh menyelamatkan nyawa kucing2 peliharaan kita. Imunisasi terhadap FPV boleh diambil seawal umur anak kucing kita 6-9 minggu, sebanyak 2-3 dos selang 3-4 minggu, dan dos terakhir mesti diberikan selepas anak kucing mencecah umur 16 minggu bagi memastikan saki baki immuniti yang diperolehi dari ibu kucing tidak memusnahkan vaksin yang diberi ie 'live attenuated virus'. Dose tambahan boleh diberikan selepas setahun dan kebanyakkan manufacturer mencadangkan ianya dilakukan setiap setahun sekali.

No comments:
Post a Comment