Monday, December 22, 2014

Mata kucing

Mata kucing juga mengalami masalah yang sama seperti manusia. Berbeza dengan anjing, kucing mengharapkan sepenuhnya pandangan mata yang jelas untuk menjalani kehidupan harian mereka seperti biasa, jadi sebarang masalah pada mata kucing akan menjejaskan kehidupan kucing2 ini. 

Tanda2 mata kucing bermasalah ialah:

* Discaj dari mata: 
Jenis2 discaj dari mata kucing banyak memberi maklumat tentang masalah yang dihadapi. Discaj yang jernih tanpa kemerahan pada mata atau sakit menunjukkan masalah pada saluran airmata. Discaj yang jernih dengan mata yang merah menunjukkan conjunctivitis, kemungkinan viral. Discaj yang melekit, pekat atau kekuningan serta mata yang merah menunjukkan conjunctivitis juga, kemungkinan chlamydophila. Bagaimanapun, sebarang discaj mata berserta sakit yang ketara menunjukkan masalah yang lebih serius, melibatkan dalaman mata atau kornea.



* "Painful eye": 
Kucing yang mengalami kesakitan dalam mata akan mengalami mata yang berair teruk (excessive tearing), 'squinting'(menutup mata), sakit apabila disentuh dan juga mengelak cahaya. Adakalanya kucing akan mencakar (paw) mata atau cuba menggosok mata dengan kerap. Pada bahagian dalam sudut mata kucing akan terbentuk kelopak tambahan dipanggil kelopak ke3 atau nictating membrane, yang terbentuk akibat sakit. Penyebab utama kesakitan pada mata kucing ialah kecederaan pada kornea atau bahagian dalaman mata, termasuk glaucoma dan uveitis. 





* Membrane atau lapisan pada mata: 
Membrane putih yang terbentuk didalam kelopak mata dan pada bahagian sudut mata kucing dipanggil "nictating membrane". 






* "Cloudy eye": 
Ada beberapa penyakit yang menyebabkan mata kucing menjadi kelabu atau pudar dan tidak jernih, menyebabkan seolah2 mata kucing itu buta. Lesion yang cloudy ini boleh bersaiz kecil atau boleh besar hingga meliputi seluruh cornea mata kucing. Mata yang kelabu dan tidak jernih menunjukkan masalah dalaman mata, jika ianya berserta dengan kesakitan, kemungkinan ianya disebabkan radangan uveitis, keratitis atau glaucoma. Keadaan cornea yang membengkak ie corneal oedema akan menyebabkan mata kucing kelihatan biru kelabu yang sekata, serta disertai kesakitan. Manakala cataract akan menyebabkan keadaan yang sama tetapi tanpa kesakitan. Sekiranya mata kucing kita menjadi kelabu tidak semestinya ia buta, tetapi perlu dibawa kepada vet untuk rawatan lanjut sebelum kerosakan kekal berlaku.



* Mata yang keras atau lembut : 
Perubahan pada tekanan dalam mata akan mengakibatkan keadaan 'hard' n 'soft' eye. Pupil mata kucing mungkin mengeras dan tidak boleh mengembang atau menguncup. Keadaan mata yang keras dengan pupil mata yang mengembang dan tidak boleh menguncup biasanya menunjukkan glaukoma, manakala mata yang lembut dengan pupil yang menguncup dan tidak boleh mengembang menunjukkan inflamasi atau radangan pada uvea mata ie uveitis. 

* Mata terjojol (bulging) atau cengkung (sunken):
Mata yang terjojol terjadi didalam glaukoma, tumor atau abses dibelakang mata, manakala mata yang cengkung adalah akibat dehidrasi, sakit mata, kehilangan berat badan mendadak dan tetanus. 



Ada beberapa lagi keadaan yang melibatkan mata kucing tetapi tidak kerap dijumpai...



Lakukan pemeriksaan sendiri pada mata kucing2 kita....lihat ke dalam mata kucing kita dengan tepat ditempat yang terang dan cukup cahaya, mata kucing kita sepatutnya jernih dan cerah, pupil sama dikedua2 belah, dan kawasan disekitar bebola mata kucing sepatutnya putih bersih. Tarik kelopak mata kucing kita ke bawah dengan lembut, ianya sepatutnya berwarna merah jambu, tidak putih atau merah menyala.


http://kucingkuduniaku.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment