Monday, December 22, 2014

FELINE LEUKEMIA...

Leukemia pada kucing amat berbeza dari leukemia pada manusia dari segi penyebabnya. Feline leukemia merupakan penyakit jangkitan Feline leukemia virus (FeLV) yang hanya menjangkiti kucing tetapi tidak sesekali akan menjangkiti manusia, anjing atau haiwan-haiwan lain. Jangkitan Feline leukemia virus FeLV merupakan penyebab kedua kematian selepas trauma pada kucing, membunuh hampir 85% kucing2 yang dijangkiti dalam jangkawaktu 3 tahun selepas didiagnosis. Walau bagaimanapun, ada juga kucing2 yang mampu membina resistant diri dan menghapuskan virus2 tersebut secara semulajadi.



Feline leukemia virus

Apabila seekor kucing dijangkiti virus feline leukemia ini, kandungan sel darah putih didalam badan kucing akan menjadi abnormal secara drastik, samada terlalu tinggi atau terlalu kurang. Ini boleh menyebabkan tumour dan jangkitan kuman yang teruk pada kucing terbabit. Feline leukemia ini sangat contagious dan mengakibatkan dua kesan yang boleh membawa maut ie:

- kegagalan sistem imun, dan/atau
- tumour


Bagaimana feline leukemia virus boleh merebak?:

FeLV merebak dari satu kucing ke  kucing yang lain melalui saliva, darah, dan sedikit melalui urin dan najis. Walaubagaimanapun, virus ini tidak bertahan lama di luar tubuh kucing, mungkin hanya bertahan dalam beberapa jam sahaja. "Grooming" dan pergaduhan merupakan cara yang paling mudah untuk virus ini merebak. Bagi kitten pula, ianya boleh merebak dari ibu yang dijangkiti virus ini melalui placenta 'in utero' atau dalam rahim, dan melalui susu ibu serta air liur ibu. Selalunya virus ini disebarkan oleh kucing yang kelihatan sihat.

Cara transmisi termudah bagi FeLV

Kitten dibawah umur 4 bulan sangat berisiko dijangkiti virus ini, diikuti dengan kucing yang masih muda. Kucing2 dewasa kebanyakkannya kurang berisiko kerana imuniti mereka meningkat secara semulajadi apabila meningkat dewasa. Kucing yang indoor lebih kurang berisiko berbanding dgn kucing outdoor. Manakala kucing indoor yang tinggal setempat dalam jumlah yang banyak juga berisiko kerana berkongsi bekas makanan dan minuman, berbanding dgn kucing yang dibela dalam jumlah yang kecil. 

Sebahagian kucing yang dijangkiti akan terus menunjukkan tanda2 serangan virus tersebut dan mati dalam beberapa bulan, ada juga yang terus kekal sihat kerana mereka berjaya mengeluarkan virus tersebut dari tubuh mereka secara semulajadi. 

Bagaimanapun, kebelakangan ini kadar kematian kucing akibat feline leukemia virus telah banyak berkurangan kerana terdapat vaksinasi terhadap virus tersebut. 

Simptom atau tanda2 gejala feline leukemia:

# gusi yang pucat, ulcer pada gusi dan mulut

# jaundice - kekuningan di mulut dan mata putih

# kelenjar yang membengkak

# jangkitan saluran respiratori, telinga, pundi kencing dan kulit yang teruk dan berulang

# kehilangan berat badan dan/atau kehilangan selera makan

# keadaan bulu yang tidak elok dan menipis

# lemah yang berpanjangan dan lethargy

# demam berpanjangan

# cirit birit berpanjangan

# kesukaran bernafas

# bagi kucing betina yang tidak dimandulkan akan mengalami kesukaran untuk hamil


Gusi yang pucat

Kucing menjadi lemah

Ulser didalam mulut kucing

Kucing menjadi 'emaciated' dan lesu



Kesemua simptom diatas merupakan akibat dari kerosakan pada sumsum tulang kucing yang dijangkiti oleh feline leukemia virus ini. Penghasilan sel darah merah didalam sumsum tulang terjejas, menyebabkan kucing mengalami anemia atau kekurangan sel darah merah, dan ini menjelaskan keadaan gusi kucing yang pucat. Dalam keadaan anemia, kekurangan sel darah merah menyebabkan kekurangan bekalan oksigen, dan ini memaksa jantung kucing berdegup kencang dan mengakibatkan kucing keletihan dan tidak aktif seperti biasa. 

Sumsum tulang juga menghasilkan sel darah putih untuk sistem imunisasi dan ini turut terjejas apabila dijangkiti. Kekurangan sel darah putih ie leukemia menyebabkan sistem imuniti kucing menurun dengan ketara, dan kucing amat mudah dijangkiti oleh bakteria, fungus dan virus lain. Jangkitan yang sedikit sahaja sudah cukup untuk membahayakan nyawa kucing yang menghidapi leukemia ini.

Selain dari sel darah merah dan putih, sumsum tulang juga menghasilkan platelet yang penting untuk pembekuan darah. Di dalam jangkitan leukemia, tiada platelet yang dihasilkan dan keadaan ini dinamakan thrombocytopenia. Kucing mudah mengalami lebam2 berlebihan dan juga pendarahan terutamanya dari usus, menghasilkan najis yang pekat dan hitam serta melekit dan berbau busuk dikenali sebagai 'melena'.

Selain dari ini, kucing2 yang dijangkiti leukemia boleh juga menghidapi 'mmune mediated haemolytic anemia (IMHA)' dimana sel darah putih kucing memusnahkan sel darah merah mereka sendiri. Dalam keadaan yang kompleks ini, kucing tersebut menghidapi anemia yang teruk dan mudah berlaku pendarahan.


TUMOR...

Banyak kucing dengan leukemia turut menghidapi tumor kerana sel darah putih mereka bergumpal dan membentuk ketulan di usus, dada, limfa dan ginjal. Jenis leukemia yang begini dinamakan lymphoma (lymph - sel darah putih, oma - tumor). Simptoms bergantung dimana kedudukan lymphoma itu dan kesannya pada fungsi normal tubuh kucing, dan darah putih yang ada pada tubuh kucing tersebut ialah darah putih yang tidak matang (immature) dan dikenali sebagai lymphoblast. Dalam keadaan akut dimana lymphoblast ini terlalu banyak ianya dikenali sebagai Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL), dan boleh membawa maut. Bagi kes dimana lymphoblast terhasil secara perlahan2, ianya dinamakan Chronic Lymphoblastic Leukemia (CLL), dan kucing boleh dirawat dan boleh mengalami keadaan yang dinamakan relapse, dimana dia boleh sihat seperti biasa.

Tidak ada rawatan bagi jangkitan Feline Leukemia Virus ini. Bagi kucing2 yang dijangkiti FeLV dan pada masa yang sama mendapat jangkitan sekunder seperti fungus, bakteria, rawatan boleh diberikan untuk jangkitan sekunder tersebut, manakala bagi yang telah mendapat kanser lymphoma, rawatan kemoterapi boleh dilakukan. Walaubagaimanapun, jika jangkitan FeLV ini menyebabkan kucing mengalami kekurangan dalam sistem imuniti atau ketahanan badan, biasanya kucing tersebut tidak dapat bertahan lama. 


Bagaimana mengelakkan jangkitan FeLV pada kucing kita?

Cara termudah ialah dengan memastikan kucing kita indoor setiap waktu, dan terdapat vaksinasi terhadap FeLV yang didapati di klinik. 


So, sekiranya ada terdapat tanda2 seperti diatas kita perlu membawa kucing kita untuk rawatan pada kadar segera... 


No comments:

Post a Comment