Flea, biarpun hanya bersaiz 2.5 mm hidup dengan melompat ke atas kulit mangsanya, melukakan kulit mangsa untuk menghisap darah mangsa. Walaupun kecil tetapi flea memiliki kaki belakang yang kuat dan boleh melompat pada jarak yang agak jauh, serta ianya bergerak pantas dan tidak mudah ditangkap dgn tangan. Air liur flea, dalam kebanyakkan kes akan menyebabkan kegatalan. Jika jangkitan flea tersebut terlalu banyak (heavy infestation) terutama pada anak kucing dan kucing2 tua atau yang tidak begitu sihat, ianya akan menyebabkan anemia atau kematian. Ini kerana keupayaannya menyedut darah 15x ganda dari berat badannya sendiri.
Selain dari masalah kegatalan dan anemia, flea juga merupakan perantara untuk kucing kita mendapat tapeworm.
Cara paling mudah untuk mengesan flea pada kucing ialah menggunakan sikat halus terutamanya di leher dan di pangkal ekor kucing kita. Diagnosis boleh dibuat jika kita terjumpa flea itu sendiri atau tanda kotoran "salt n pepper" pada bulu kucing ie "pepper" ialah najisnya manakala "salt" ialah telurnya.
Antara beberapa tanda yang kucing kita dijangkiti flea ialah:
* kotoran hitam pada kulit (flea dirt @ salt n pepper grainlike substance)
* kerap menggaru
* kerap menjilat bulu
* kulit kemerahan atau radangan pada kulit
* keguguran bulu
* jangkitan kulit
Kotoran hitam pada kucing- najisnya yang terbentuk dari darah mangsa yg terhadam..jika kita lap dgn kain basah ianya akan bertukar seperti coklat kemerahan. |
Flea merupakan penyebab paling utama pada masalah kulit kucing. Ini kerana apabila flea menggigit kucing, ia akan memasukkan salivanya yang menyebabkan keadaan dipanggil flea allergy dermatitis. Tandan2nya termasuk kegatalan yang teruk, kulit menjadi merah dan tebal, keguguran bulu terutamanya dibhgn ekor.
Kucing kerap menggaru kerana gatal akibat alahan kulit |
Flea menyebabkan bulu kucing gugur |
Ruam yang kerap dilihat diklinik apabila seseorang digigit oleh flea...biasanya ia mengambil masa yang agak lama untuk pulih kerana gatal berlebihan. |
LANGKAH2 MERAWAT RUMAH:
LANGKAH 1: BERSIHKAN RUMAH
Flea tidak hanya ada pada badan kucing, tetapi juga didalam rumah dan halaman rumah kita.
LANGKAH 2: ASINGKAN KUCING
Jika kucing kita baru dijangkiti oleh flea, langkah terbaik ialah mengasingkan kucing ini didalam satu bilik bertutup. Ianya perlu untuk mengelakkan flea ini merebak dan membiak diseluruh rumah.
LANGKAH 3: VAKUM SELURUH RUMAH
Seluruh rumah dan perabut perlu divakum kerana flea amat suka tempat2 seperti ini untuk membiak.
Kibaskan dan vakum semua karpet dan alas kaki, kerana flea amat suka kedua2nya.
LANGKAH 5: SPRAY KUCING DAN RUMAH
Untuk memastikan semua flea dimusnahkan, kita boleh juga menggunakan spray flea pada kucing terutamanya.
LANGKAH2 MERAWAT KUCING:
LANGKAH 1: MANDIKAN KUCING
Mandikan kucing dengan menggunakan shampoo anti flea.
LANGKAH 2: ELAKKAN MASUK KE DALAM MATA
Berhati-hati dan elakkan shampoo masuk ke dalam mata kucing. Kucing secara amnya tidak sukakan air, so untuk yang jarang memandikan kucing perlu amat berhati2 ketika melakukannya.
LANGKAH 3: SIKAT BULU KUCING MENGGUNAKAN SIKAT HALUS
Selepas dikeringkan, bulu kucing perlu disikat menggunakan sikat bermata halus untuk menarik flea keluar, dan lebih mudah dilakukan sebelah badan dahulu sebelum ke sebelah lagi.Penggunaan flea comb merupakan satu cara yang paling selamat dan mudah untuk menarik keluar flea..the real "Green" remedy!
LANGKAH 4: MENARIK "TICK" (KUTU BABI) JIKA ADA
Sekiranya dibadan kucing terdapat tick atau kutu babi, kebiasaanya ia tidak akan tanggal jika hanya disikat. Ia perlu ditarik menggunakan tweezer yang halus dan perlu dipastikan bahagian kepala tidak tertinggal didalam kulit kucing kita, bagi mengelakkan jangkitan kuman kemudian.
Jangan gunakan petroleum jelly, vaseline, pengilat kuku, pemetik api dll selain dari tweezer yang bermata halus untuk menarik tick atau kutu babi. Ia mungkin akan menyebabkan kecederaan yang lebih teruk keatas kucing kita.
LANGKAH 5: ULANGI RAWATAN
Sekiranya kita menggunakan shampoo anti flea sahaja untuk merawat kucing, kita perlu memeriksa bulu kucing kita beberapa hari sekali untuk memastikan tiada lagi flea yang baru atau tanda2nya. Jika ada maka kita perlu mengulangi proses mengasingkan kucing dan seterusnya seperti diatas.
Terdapat beberapa product yang kita boleh dapatkan melalui vet bagi mencegah flea dan tick seperti Frontline and Frontline Spray. Ianya merupakan topical application dimana bahan utamanya ie fipronil efektif untuk membunuh flea dalam masa 24-48 jam. Bagi Fontline Plus, bahan utamanya S-methoprene membunuh flea dewasa, telur dan larvae, boleh digunakan dari umur anak kucing 8 minggu ke atas.
"Green" Flea n Tick Remedies......Ada beberapa myth tentang merawat flea..kebanyakan orang percaya dengan memberikan brewer's yeast dan atau campuran garlic ianya akan mengelakkan pembiakan flea, dengan penghasilan bau yang kurang enak pada badan kucing tetapi ianya tidak benar dan tidak dibuktikan secara saintifik. Malah penggunaan garlic pada jumlah yang banyak akan memudaratkan kucing kerana sifat toksinnya yang menyebabkan sel darah merah kucing memecah.
http://kucingkuduniaku.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment