Monday, December 22, 2014
Penyakit Kucing yg Membawa Maut
Disini ada 1 perkara yang ingin dihebahkan buat pengetahuan semua, juga sebagai panduan bagi
yang menyayangi kucing peliharaan anda. Antara sebab yang menimbulkan kemurungan dan
keadaan yang kelihatan "sakit" bagi seseekor kucing adalah disebabkan oleh demam, iaitu suhu
badan yang melebihi dari suhu biasa bagi seekor kucing yang sihat.
Antara suhu yang dikategorikan Demam tersebut adalah diantara 35'C - 38'C.... ( Mungkin yang pakar boleh menerangkan lagi )
Namun begitu...ada sesetengah kucing ini mengalami demam pada suhu yang melampau....seperti 38'C hingga 45'C.....dan ini diistilahkan
sebagai demam panas yang jarang berlaku kepada kucing. namun begitu, jika dikesan lebih awal ia dapat diselamatkan dgn pelbagai kaedah. malah
ada diantaranya yang mengalami penyakit "sawan" sepertimana yang dialami manusia. Pada tahap tersebut....kucing biasanya
sudah tidak mampu mengawal fikiran dan tidak lagi mampu mengawal pergerakan badan yang mana akan menyebabkan sistem
perkumuhan dan pernafasan turut terjejas. Atau dengan lebih tepat lagi....degupan jantung mereka akan berhenti pada bila2 masa
dan menyebabkan kematian yang mengejut. ( ini biasa terjadi pada kucing yang hyperactive dan yang mengalami gejala spt yang disebutkan )
Antara gejala awal :
1. Kemurungan
2. Kelihatan pasif
3. Suka menyendiri
4. Mendiamkan diri ditempat yang sejuk spt bilik air, lantai bersimen, ruang tersorok dll.
5. Duduk dan melipatkan tangan kearah dada dan menegakkan kepala dengan mata yang tertutup.
6. Kencing yang berwarna kekuningan lebih dari kencing yang biasa...juga najis yang cair dan berbau..
7. Sememangnya kelihatan sakit. ( Keadaan yang lain dari hari2 biasa yang anda kenali terhadap kucing peliharaan anda )
Antara Sebab / Punca :
1. Hyper active dalam usia yang terlalu muda.
2. Makan yang berlebihan. Kurang air dalam badan
3. Gejala kecil yang bermula seperti selsema dan bersin yang kerap
4. persekitaran yang kotor ( terutama bagi yang pernah mengalami masalah kutu sebelunnya )
5. Multivitamin yang berlebihan ( ia bertindak seakan fungsi steriod kepada manusia ) nota : mulltivitamin akan meningkatkan suhu mereka!!
( jadi ia sama sekali tidak sesuai diberi ketika kucing sedang mengalami selsema atau kepanasan )
6. Gejala terlalu kerap dimandikan ( terutama yang menggunakan air paip shj. )
7. mengalami tekanan akibat perubahan tempat, makanan, pertukaran tuan baru dan juga persekitaran. ( kerana kucing sangat sensitif )
jadi....diharap semua ini dapat menjadi panduan kepada pencinta kucing sekalian. segera bawa kucing anda ke klinik yang berhampiran
sekiranya terdapat masalah yang disebutkan tadi. mencegah lebih baik dari mengubati.....sila tambah sekiranya masih terdapat sebarang
kesilapan dan perbetulkan dengan menambah baik fakta dan informasi yang saya diberikan....
sayangi dan lindungi haiwan peliharaan anda sebelum terlambat....
http://www.ehoza.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment